Pada 12/09/2019, aku kehilangan seseorang yang paling berharga dalam hidupku. Seorang sahabat yang aku kenal sejak aku di bangku sekolah lagi. Kehilangannya membuatkan aku mengalirkan air mataku dengan begitu deras. Seingat aku, sudah lama mata ini tidak melinangkan air mata oleh kerana pada aku, aku bukanlah seorang yang mudah menangis. Namun, hari itu aku menangis seperti orang yang kehilangan segala-galanya. Ya betullah, manusia mana yang tidak menangis apabila kehilangan seseorang yang dia sayang, bukan? Aku menangis bukan hanya disebabkan itu saja, aku menangis kerana aku tidak dapat hadir pada hari pengebumiannya. Hati aku patah seribu kali patah kerana aku sebagai seorang sahabat tidak dapat memeluk dan melihat raut wajahnya buat kali yang terakhir. Aku sedang belajar di UKM Bangi, Selangor, dia pula berada di negeri tercintaku, Sabah. Andai saja kewanganku cukup untuk aku membeli tiket penerbangan ke Sabah, pasti akan aku lakukan. Namun masalah kewangan juga yang berjaya m...