ULASAN MAKALAH
Penulisan kali ini adalah berkaitan tentang ulasan makalah yang saya baca dari https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever . Melalui pembacaan saya, jelas menunjukkan bahawa penulis makalah ini berhasrat ingin menjadikan seorang penulis menjadi seorang penulis yang hebat. Bukan itu sahaja, penulis makalah ini juga ingin memupuk cinta akan menulis kepada yang tidak mempunyai minat untuk menulis terutama sekali membaca dengan menyenaraikan 22 cara untuk menjadi seorang penulis yang hebat. Jika dilihat satu per satu, saya yakin bahawa jika pembaca mengamati, memahami dan mendalami 22 cara yang diberikan, pasti pembaca akan menjadi seorang penulis yang sangat hebat. Hal ini kerana, semua tips yang diberikan memang bernas. Ada beberapa tips yang dikemukakan yang menurut saya sangat mujarab. Pertama sekali ialah tips nombor 8. Saya sangat setuju dengan tips ini kerana masyarakat kini lebih suka berlengah-lengah daripada me...