ULASAN MAKALAH



     Penulisan kali ini adalah berkaitan tentang ulasan makalah yang saya baca dari https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever. Melalui pembacaan saya, jelas menunjukkan bahawa penulis makalah ini berhasrat ingin menjadikan seorang penulis menjadi seorang penulis yang hebat. Bukan itu sahaja, penulis makalah ini juga ingin memupuk cinta akan menulis kepada yang tidak mempunyai minat untuk menulis terutama sekali membaca dengan menyenaraikan 22 cara untuk menjadi seorang penulis yang hebat. Jika dilihat satu per satu, saya yakin bahawa jika pembaca mengamati, memahami dan mendalami 22 cara yang diberikan, pasti pembaca akan menjadi seorang penulis yang sangat hebat. Hal ini kerana, semua tips yang diberikan memang bernas. Ada beberapa tips yang dikemukakan yang menurut saya sangat mujarab. Pertama sekali ialah tips  nombor 8. Saya sangat setuju dengan tips ini kerana masyarakat kini lebih suka berlengah-lengah daripada membuat perkara yang lebih berfaedah. Saya juga setuju bahawa televisyen dan internet merupakan punca utama masyarakat menjadi seorang yang suka berlengah-lengah. Yang kedua ialah tips nombor 19 yang mana kita perlu membenarkan diri kita membuat kesilapan. Daripada kesilapan itlulah kita dapat memperbetulkan diri kita dan seterusnya daripada kesilapan jugalah kita boleh berjaya. Terakhir sekali ialah tips 12, yang mana kita perlu menyediakan ruang untuk menulis. Hal ini disebakan ruang yang baik, dan tempat yang baik juga mempengaruhi minda kita untuk menulis. Pada saya sekiranya ruang menulis itu semak dan serabut, minda akan menjadi kusut dan susah untuk menjana idea. 


Makalah ini ditulis oleh Melissa  Donovan, pada Mac 30 2017.

Comments

Popular posts from this blog

Ke sana

Rindu

AKU, MEREKA DAN TOPENG