Aku tidak pernah menyangka aku sudah melangkah hingga ke tahap ini
langkah demi langkah aku hadapi dengan onak dan duri kehidupan
dan aku tidak mahu perjuanganku hanya terhenti di sini
langkah ini akanku pastikan sampai ke sana
ke tempat yang aku inginkan
sebuah mahligai kejayaan yang semua orang idamkan
I can make it through the rain I can stand up once again on my own And I know that I'm strong enough to mend And every time I feel afraid I hold tighter to my faith And I live one more day and I make it through the rain Lagu ini merupakan lagu yang cukup istimewa bagi aku. Pertama kali aku mendengarkan dan memahami dan mendalami setiap lirik lagu ini, aku merasakan sesuatu yang indah hadir dalam hidup aku. Lihat sahaja bait-bait lirik yang aku petik daripada lagu Through the Rain nyanyian daripada seorang lagenda iaitu Mariah Carey. Lagu ini bagi aku mempunyai aura yang sungguh positif. Lagu ini jugalah yang menemani aku selama aku melangkah dalam perjuangan hidup. Aku akan sentiasa mendengarkan lagu ini acap kali aku berasa sedih, kecewa, putus-asa, dan merasa kesunyian. Lagu ini sungguh memotivasikan aku dan membuatkan aku lebih tekad untuk terus melangkah sejauh yang mungkin untuk aku laksanakan perjuagan aku.
rasa ini kutulis dengan titisan air mata penuh kerinduan dan penuh kekecewaan rindu dendam tak bisa terlunas menghiris hati meragut tawa. kini rindu itu kulucutkan dan kusemadikan di mahligai kenangan kita moga ia terus hidup walau waktu ditelan waktu sukmaku berteriak betapa aku bersyukur dikurniakan sahabat yang pernah memenuhi lembaran hidupku dan kutitipkan surat rindu pada-Mu moga dia tahu benakku selalu terselit nama itu.
Comments
Post a Comment