Semakin lama, aku semakin kenal siapa watak mereka. Ini ada, itupun ada juga. Macam-macam adanya. Ada yang baik indah ucapnya tapi di hati tiadakanku tahu. Murni atau keruh. Sesekali aku memerhati tanpa sedar mereka, sedang sibuk merubah raut sambil mulut berkumat-kamit. Aku hanya bisa duduk berdiam dan tidak megendahkan lakonan-lakonan yang mereka mainkan di panggung mataku. Ya hanya memerhatikan. Bosan. Tidak mengkritik kerana takut mengundang tenar. Bagi aku, lakonan itu perlu aku terima. Aku sendiri yang membeli tiket teater yang dilakonkan oleh mereka. Tapi lama kelamaan setiap mainan lakonan semakin berat dan tidak bisa diterima oleh batinku sendiri. Tidak bisa aku terima tapi mulut bergerak sedikitpun tidak. Hanya memendam, pendam dan pendam. Apa bezanya aku dengan mereka? TIDAK ADA! AKU DAN MEREKA ADALAH PEMAKAI TOPENG YANG MELAKONKAN WATAK-WATAK YANG TERTULIS DALAM SKRIP HATI YANG PENUH DENGAN KETIDAKPUASAN HATI.