Pelayaran
Aku takkan biarkan kebahagiaan yang aku bina dan pertahankan selama berbelas tahun roboh dek kerana taufan rahsia yang tersorok. Aku bersumpah pada diriku sendiri untuk terus melayari kehidupan ini walau badai dan ombak menerpa. Biarlah pada permukaan sentiasa tenang walau di dasarnya ada gelora rahsia yang bisa menggoncang. Aku akan sentiasa mempersembahkan madahku kepada-Nya agar kehidupan ini sentiasa berada dalam sayap perlindunganya kerana aku mempertahankan layaran ini juga kerana Dia. Mungkin esok tiadakanku tahu apa yang tertulis, tapi jiwa dan raga ini sentiasa bersiaga mengharugi ombak yang entah bila ia menghempas kapal pelayaranku.
Comments
Post a Comment