Posts

Showing posts from December, 2019

Dia

Image
Dia melafazkan setiap bait kata dengan penuh semangat. Mereka begitu yakin akan ikrar yang dia laungkan. Aku duduk di penjuru kamar bicara hanya tersenyum sinis melihat lelaki itu berkata dusta. Bukan calang-calang orang ini! Itu keyakinan mereka. Aku? Ya, pada permukannya dia nampak menyerlah, hakikatnya habukpun tiada! Memang dia bijak bermain kata-kata. Tapi hanya kata yang berselimutkan dusta. 

Minggu 14

Image
Inilah aku. Sepatutnya aku sedang membuat ulang kaji untuk final exam memandangkan sekarang ini sudah minggu ke-14. Tapi aku sedang memerah otak untuk menyiapkan assignment yang sepatutnya aku siapkan sebelum ini. Biasalah, namanyapun pelajar. Hehehe

AKU, MEREKA DAN TOPENG

Image
Semakin lama, aku semakin kenal siapa watak mereka. Ini ada, itupun ada juga. Macam-macam adanya. Ada yang baik indah ucapnya tapi di hati tiadakanku tahu. Murni atau keruh. Sesekali aku memerhati tanpa sedar mereka, sedang sibuk merubah raut sambil mulut berkumat-kamit. Aku hanya bisa duduk berdiam dan tidak megendahkan lakonan-lakonan yang mereka mainkan di panggung mataku. Ya hanya memerhatikan. Bosan. Tidak mengkritik kerana takut mengundang tenar.  Bagi aku, lakonan itu perlu aku terima. Aku sendiri yang membeli tiket teater yang dilakonkan oleh mereka. Tapi lama kelamaan setiap mainan lakonan semakin berat dan tidak bisa diterima oleh batinku sendiri. Tidak bisa aku terima tapi mulut bergerak sedikitpun tidak. Hanya memendam, pendam dan pendam. Apa bezanya aku dengan mereka? TIDAK ADA! AKU DAN MEREKA ADALAH PEMAKAI TOPENG YANG MELAKONKAN WATAK-WATAK YANG TERTULIS DALAM SKRIP HATI YANG PENUH DENGAN KETIDAKPUASAN HATI.

Hilang

Image
Gambar ini membicarakan diri aku. Hilangnya aku daripada aku yang sebenar.

Lagu

I can make it through the rain I can stand up once again on my own And I know that I'm strong enough to mend And every time I feel afraid I hold tighter to my faith And I live one more day and I make it through the rain Lagu ini merupakan lagu yang cukup istimewa bagi aku. Pertama kali aku mendengarkan dan memahami dan mendalami setiap lirik lagu ini, aku merasakan sesuatu yang indah hadir dalam hidup aku. Lihat sahaja bait-bait lirik yang aku petik daripada lagu Through the Rain nyanyian daripada seorang lagenda iaitu Mariah Carey. Lagu ini bagi aku mempunyai aura yang sungguh positif. Lagu ini jugalah yang menemani aku selama aku melangkah dalam perjuangan hidup. Aku akan sentiasa mendengarkan lagu ini acap kali aku berasa sedih, kecewa, putus-asa, dan merasa kesunyian. Lagu ini sungguh memotivasikan aku dan membuatkan aku lebih tekad untuk terus melangkah sejauh yang mungkin untuk aku laksanakan perjuagan aku.

Ke sana

Image
Aku tidak pernah menyangka aku sudah melangkah hingga  ke tahap ini langkah demi langkah aku hadapi dengan onak dan duri kehidupan dan aku tidak mahu perjuanganku hanya terhenti di sini langkah ini akanku pastikan sampai ke sana ke tempat yang aku inginkan sebuah mahligai kejayaan yang semua orang idamkan

Pelayaran

Image
Aku takkan biarkan kebahagiaan yang aku bina dan pertahankan selama berbelas tahun roboh dek kerana  taufan rahsia yang tersorok. Aku bersumpah pada diriku sendiri untuk terus melayari kehidupan ini walau badai dan ombak menerpa. Biarlah pada permukaan sentiasa tenang walau di dasarnya ada gelora rahsia yang bisa menggoncang. Aku akan sentiasa mempersembahkan madahku kepada-Nya agar kehidupan ini sentiasa berada dalam sayap perlindunganya kerana aku mempertahankan layaran ini juga kerana Dia. Mungkin esok tiadakanku tahu apa yang tertulis, tapi jiwa dan raga ini sentiasa bersiaga mengharugi ombak yang entah bila ia menghempas kapal pelayaranku.